Didik Anak Ucap Terima Kasih
Mengucapkan ucapan ‘Terima Kasih’ merupakan cara yang paling mudah untuk seseorang menunjukkan penghargaan kepada seseorang. Anak-anak kecil perlu dididik untuk mengucapkan terima kasih ketika menerima sesuatu kebaikan daripada orang lain.
Seperti yang diketahui umum, anak-anak kecil mempelajari sesuatu kemahiran dan pengetahuan yang baru melalui pemerhatian. Adalah lebih mudah untuk mereka meniru sesuatu perlakuan yang sering dilihat. Oleh kerana contoh terdekat yang ada pada anak-anak adalah ibu bapa, cara termudah untuk ibu bapa mendidik anak-anak untuk mengucapkan ucapan terima kasih adalah dengan menerapkan amalan mengucapkan terima kasih di dalam aktiviti harian di rumah. Dengan memerhatikan tindak-tanduk ibu bapa meningkatkan lagi kemungkinan untuk mereka mempraktikkan apa yang diperhatikan.
Terdapat pelbagai situasi harian di rumah yang boleh melibatkan penggunaan ucapan terima kasih. Sebagai contoh, ibu mengucapkan terima kasih kepada anak kerana membantu untuk mengemas tempat tidur, ayah mengucapkan terima kasih kepada ibu kerana menyediakan makanan yang lazat, ibu mengucapkan terima kasih kepada jiran kerana memberi buah tangan, ayah mengucapkan terima kasih kepada nenek kerana menghulur makanan di meja makan, ibu mengucapkan terima kasih kepada ayah kerana membeli barangan keperluan dapur, ayah mengucapkan terima kasih kepada pekerja bandaraya yang datang ke rumah untuk mengutip sampah dan banyak lagi. Tanpa sedar, anak-anak akan mempraktikan apa yang sering dilihat di dalam perlakuan harian mereka.
Akan ada masa anak-anak mungkin terlupa atau terlepas pandang untuk mengucapkan terima kasih. Dalam situasi sebegitu, ibu bapa perlu bertindak untuk mengingatkan mereka. Selain itu, ibu bapa juga boleh menunjukkan contoh situasi-situasi yang memerlukan seseorang untuk mengucapkan terima kasih, sama ada melalui perlakuan orang-orang di sekeliling, melalui rancangan di televisyen atau melalui bahan bacaan.
Menyedari kepentingan mendidik anak-anak untuk mengucapkan terima kasih, Bukuu telah menerbitkan beberapa buah buku cerita yang dapat mendedahkan anak-anak kepada amalan berterima kasih. Berikut merupakan dua buah judul Bukuu yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam mendedahkan anak-anak kepada amalan berterima kasih:
Muat turun di sini – goo.gl/WMibMV (Play Store) & goo.gl/1oaEVr (App Store)
Muat turun di sini – goo.gl/DlWsIh (Play Store)
Selamat mendidik anak-anak!