KATEGORI SECARA RINGKAS

Pengurusan Kendiri

Penerapan unsur-unsur pengurusan kendiri bagi membantu kanak-kanak untuk mengawal kehendak atau keperluan diri ke arah hasil yang spesifik, menguruskan keadaan yang sentiasa berubah dan menerapkan kemahiran untuk menguruskan kesan fizikal dan emosi.

Pendidikan Awal

Pendedahan kepada unsur-unsur yang dapat membantu kanak-kanak sekecil 3 tahun untuk menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan.

Fiksyen

Membantu kanak-kanak meneroka sesuatu perasaan melalui cerita fiksyen yang direka dan dalam masa yang sama membantu perkembangan intelek mereka.

Warisan

Mendedahkan kanak-kanak kepada cerita-cerita warisan bagi memahami dan menghayati budaya masyarakat serta mengambil iktibar dan pengajaran.

Sains dan Teknologi

Membantu kanak-kanak untuk menggunakan imiginasi sebagai alat pemikiran dalam mendapatkan penjelasan kepada perkara-perkara yang sukar untuk difahami dan meneroka pengetahuan mereka tentang sains dan teknologi.

Nilai Murni

Penerapan kepada perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila kanak-kanak dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.

Cerita Agama

Memperkenalkan kanak-kanak dengan Allah dan Rasulullah SAW, akhlak dan amalan yang baik serta tanggungjawab seorang Muslim.

Alam Sekitar

Penerapan kepada sifat mengambil berat kepada isu-isu yang berkait dengan alam sekitar dan pengajaran kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang disampaikan secara kreatif.

Komik

Penerapan minat membaca kepada kepada kanak-kanak yang lebih tertarik kepada bahan bacaan berbentuk komik.

KENAPA BUKUU?

kopete
Perkembangan Sosial
  • Perkembangan sosial kanak-kanak yang positif akan membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh orang lain.
  • Perkembangan sosial kanak-kanak dipengaruhi oleh apa yang diperhatikan disekelilingnya kerana ia diperoleh dengan cara peniruan.
  • Pengunaan Bukuu sebagai bahan interaksi di antara ibubapa/guru dan kanak-kanak dapat membantu dalam membangunkan kemahiran sosial yang sihat.
ksmiletris
Perkembangan Emosi
  • Pendedahan kepada bahan bacaan yang berkualiti dapat menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-kanak yang sihat.
  • Bukuu dapat membantu kanak-kanak meneroka sesuatu perasaan itu melalui pelbagai sudut dan pandangan.
  • Bukuu dapat memberi pilihan kepada kanak-kanak tentang beberapa perbezaan dalam menguruskan emosi melalui aksi dari pelbagai perwatakan ilustrasi.
  • Bukuu dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai kepercayaan kendiri yang positif serta memahami perasaan mereka sendiri.
ksirtet
Perkembangan Intelek
  • Perkembangan intelek merujuk kepada perkembangan yang berlaku kepada kemahiran kognitif kanak-kanak.
  • Perkembangan intelek bergantung kepada faktor persekitaran. Penyediaan persekitaran yang menarik dan kondusif dapat merangsang pembelajaran yang berkesan seterusnya membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung.
  • Bukuu menyokong perkembangan kanak-kanak dengan menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir, termasuk pemerhatian, perbezaan, mengkategorikan, mengorganisasikan, menyimpulkan dan menilai.