Terima kasih

Kami sangat berterima kasih di atas semua testimonial, ucapan selamat, rebiu dan sebagainya. Kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, maklum balas dan sumbangan idea dari semua pihak.

Testimonial
khairunnisa

Bukuu sangat menarik kerana ia bukan sahaja berinteraksi dengan kanak-kanak secara langsung, malah ia mempunyai pelbagai pilihan cerita yang mempunyai jalan cerita yang berlainan kategori. Manariknya, ia dihasilkan oleh penulis dan pelukis yang berlainan. Ini menjanjikan kelainan jenis jalan cerita, aktiviti, grafik dan sebagainya. Kanak-kanak pasti gemar untuk menerokai siri episod cerita satu demi satu yang terkandung dalam senarai Bukuu kerana setiap siri mempunyai gaya yang berlainan.

Khairunnisa Hamzah

Hurul Ain

Buku Cerita Interaktif, Bukuu ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia. Di zaman yang serba canggih dan moden ini, perlu ada pendekatan yang berbeza untuk menggalakkan kanak-kanak membaca dan belajar. Kanak-kanak mudah tertarik dengan gadget kerana ianya menyeronokkan. Sebagai seorang ibu, saya berpendapat dengan adanya Bukuu, kanak-kanak akan lebih terdorong untuk meluangkan masa secara lebih berilmiah.

Melaluinya juga, kanak-kanak secara tidak langsung akan dapat mengetahui ejaan dan maksud perkataan-perkataan tertentu yang jarang mereka gunakan setiap hari. Mereka juga dapat belajar sambil berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Ianya sangat bagus untuk perkembangan minda anak-anak anda.

Hurul Ain Mahmod

Dr Maryam

Saya berpendapat Bukuu ini sangat menarik sebagai medium penyampaian ilmu pada masa kini. Bukuu wajar diperluaskan meliputi pelbagai bidang.

Dr Maryam Azlan

Ucapan & Harapan

Terima kasih kepada Bukuu kerana menerbitkan hasil karya saya. Dengan platform yang disediakan ini, diharap produk-produk pembelajaran keluaran syarikat tempatan khususnya bahan bacaan Bahasa Malaysia dapat diterbitkan setanding dengan produk antarabangsa. Tidak lupa ucapan penghargaan buat pelukis dan bakat suara latar yang turut menjayakan Siri Celik Budi. Semoga usaha ini mendatangkan kejayaan kepada kesemua yang terlibat, memberi faedah kepada kanak-kanak, dan menarik minat kanak-kanak bagi membudayakan amalan membaca.

Aishah ARA

Adalah menjadi harapan, Bukuu akan maju dan berterusan membantu penulis-penulis di masa akan datang. Jangan lupa membaca Siri Kasih dan Yusuf, sebuah karya pertama yang lengkap dengan pengajaran, dan jenaka, dijamin tidak jemu dibaca berulang kali.

Nirwana TSAR

stefano-liputan bukuu

Bologna Childrens Book Fair

Liputan tentang Bukuu di Bologna Children’s Book Fair.

“BUKUU (Bukan Buku Biasa)”, started on March 2014: it’s an interactive story book only in Malaysian language with 200 titles covering a range of age from three years old until twelve years old. For this project work almost thirty writers and twenty five illustrators; the choice to be only in Malaysian language because as Puan Siti Fatihah says “There are many e-books in English but interactive stories in Malaysian language still not more here”.

Stefano Romano

Baca artikel penuh di sini.