Tips Menanam Minat Membaca di Kalangan Kanak-kanak
Salah satu cara untuk menanamkan minat membaca di kalangan kanak-kanak adalah dengan menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti dua hala. Selitkan aktiviti perbincangan semasa atau pada akhir sesi membaca bagi menjadikan aktiviti membaca lebih menyeronokkan. Contoh soalan-soalan yang boleh ditanya, bergantung kepada kumpulan umur anak-anak:
- intipati cerita
- jenis cerita (fiksyen atau bukan fiksyen)
- kategori cerita (nilai murni, cerita agama, sains & teknologi)
- persekitaran jalan cerita (di dalam rumah, kampung, sekolah)
- watak yang terlibat (manusia atau haiwan)
- gambaran emosi watak terlibat (gembira, risau, sedih, kecewa)
- cerita atau lakonan semula jalan cerita
- pendapat tentang jalan cerita, ilustrasi gambar, suara latar (untuk buku cerita elektronik) dan aktiviti yang disediakan
- pendapat tentang apa yang boleh diperbaiki (jalan cerita, penyudahan cerita, penggunaan perkataan, pemilihan warna)
- kelainan buku berbanding buku-buku lain (material, tekstur, warna, interaktiviti, bunyi, suara)
- keistimewaan atau kekurangan buku berbanding buku-buku lain