Bukuu

bukuu-infografik2Bukuu merupakan koleksi buku cerita interaktif Bahasa Malaysia bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Bukuu dibangunkan oleh Multi Media Synergy Corporation Sdn Bhd (MMSC). Ciri-ciri Buku Cerita Interaktif Kanak-kanak ini:

  •  Buku cerita elektronik yang interaktif
  •  Menggunakan Bahasa Malaysia
  •  Dibangunkan dalam versi “Mobile App”
  •  Dipersembahkan dalam ilustrasi yang menarik
  •  Penggunaan warna yang terang dan ceria
  •  Mengguna pakai fon tulisan yang terang dan jelas
  •  Sesuai dengan tahap pembacaan dan pemikiran kanak-kanak
  •  Menerapkan nilai sosio budaya
  •  Mengetengahkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia
  •  Memperkenalkan konsep pengurusan kendiri
  •  Menggunakan latar belakang lokasi-lokasi menarik di Malaysia
  •  Menonjolkan ciri-ciri “rupa dan sifat” Malaysia

Bukuu dibangunkan oleh:

Multi Media Synergy Corporation Sdn. Bhd.

Multi Media Synergy Corporation Sdn. Bhd. (MMSC) merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan “end-to-end eLearning solution”. MMSC yang ditubuhkan pada 1997 mempunyai pengalaman dalam membangunkan pelbagai jenis kandungan multimedia untuk agensi-agensi Kerajaan dan Swasta.

 

Dengan kerjasama dan sokongan:

Multimedia Development Corporation

Multimedia Development Corporation (MDeC) merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Agensi yang diletakkan di bawah Koridor Raya Multimedia (MSC) ini berperanan mempromosikan kandungan multimedia serta menggalakkan multimedia di Malaysia. Syarikat ini diperbadankan di bawah Akta Syarikat adalah sepenuhnya milik Kerajaan.

MSC Malaysia

MSC Malaysia merupakan inisiatif Malaysia untuk pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi global. Kini MSC Malaysia telah berkembang menjadi hab ICT yang dinamik, menjadi hos kepada lebih daripada 900 syarikat-syarikat multinasional, milikan asing dan milikan tempatan yang bertumpu kepada produk, penyelesaian, perkhidmatan dan; penyelidikan dan pembangunan (R&D) multimedia dan komunikasi.