Program Latihan 'Interactive Storybook App Development'
Multi Media Synergy Corporation Sdn Bhd (MMSC) dengan sokongan MDeC telah berjaya menjalankan proram latihan “Interactive Storybook App Development” pada 9 dan 10 Mac 2016. Program latihan 2 hari ini ditawarkan secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari proses dan kaedah pembangunan buku cerita interaktif dengan ciri-ciri yang ada pada Bukuu. Program ini ditaja sepenuhnya oleh MDeC dan eRezeki.
Seramai 20 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti program latihan tersebut. Pihak syarikat berharap para peserta akan dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh daripada sesi latihan 2 hari itu dan seterusnya berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan selesai sesi latihan. Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil sepanjang tempoh latihan.
Hari Pertama
Hari Kedua