Nur Fatihah Mohd Taib

Siri Keluargaku Syurgaku (Pengurusan Kendiri)

Penulis

Nur Fatihah Mohd Taib dilahirkan pada  tahun 1979 di Kuala Terengganu.  Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada  Universiti Utara Malaysia dan pernah berkhidmat dalam sektor perbankan sebelum bertukar kerjaya dalam bidang penerbitan buku.

Pernah menulis skrip televisyen bagi  siri animasi kanak-kanak  untuk sebuah syarikat  animasi terkenal tanah air.  Berpengalaman lebih  12 tahun dalam bidang editorial,  penyuntingan,  dan  pembacaan  pruf, penulis turut memperoleh Diploma Penterjemahan daripada Persatuan Penterjemahan Malaysia-Dewan Bahasa & Pustaka.

Siri Keluargaku Syurgaku, inspirasi daripada anak-anak penulis merupakan hasil karyanya yang pertama dalam bidang penulisan interaktif selepas mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sepenuh masa.

Penulis berharap  usahanya ini sedikit sebanyak membantu memupuk minat awal membaca di kalangan kanak-kanak sesuai dengan arus perubahan teknologi masa kini.

 

Hujung minggu Hadif
Pengurusan Kendiri
Tercucuk duri
Pengurusan Kendiri
Seronoknya berkelah
Pengurusan Kendiri
Maafkan Hadif, Mama
Pengurusan Kendiri
Aduh, sakitnya gigi!
Pengurusan Kendiri