Khairunnisa Hamzahara

Siri Dunia Pengembaraan. (Kategori: Fiksyen)

Penulis

khairunnisa

Biodata Ringkas

Lahir pada 3 feb 1984. Memperoleh Ijazah sarjana senibina (architecture) dari UTM, Skudai. Pernah berkhidmat sebagai arkitek rekabentuk dan arkitek projek di agensi swasta dan kerajaan. Pada tahun 2012, memilih untuk berkarya dari rumah sambil menguruskan rumah dan anak-anak dengan tangan sendiri. Kini Berkarya dari rumah sepenuh masa sebagai perekabentuk dan penasihat kediaman secara online dan menulis artikel tentang kediaman di blog, ebook, majalah tempatan, dan suratkhabar. Aktif membuat perkongsian tentang kehidupan di rumah, rekabentuk kediaman dan aktiviti kekeluargaan terutamanya berkaitan dengan anak-anak secara menulis di blog, majalah, surat kahbar, membuat seminar, pembelajaran secara online serta bengkel-bengkel khas di merata negeri.

Gembira untuk melibatkan diri dalam menghasilkan buku cerita interaktif bagi menggalakan anak-anak seronok membaca dan menerima tauladan yang baik ketika menggunakan gadget berteknologi masa kini. Mempunyai impian untuk mempengaruh ibu-ibu muda dan moden untuk mempunyai semangat untuk menjadi institusi pendidikan dan spiritual kepada anak-anak dan membina kehidupan di rumah yang baik bagi membina semula generasi ummah yang gemilang untuk generasi akan datang.

Tajuk Buku