FAQ | Apakah Fungsi Butang-Butang yang Ada Pada Bukuu?
FAQ | Apakah fungsi butang-butang yang ada pada helaian dalam Bukuu?
Semua butang yang ada pada helaian dalam Bukuu berfungsi untuk memudahkan pembaca dan menjadikan pengalaman membaca lebih menyoronokkan. Fungsi-fungsi khusus setiap butang adalah seperti berikut:
- Butang 1 – Butang “Ulang Semula” (replay) berfungsi untuk memainkan semula audio teks dengan mode karaoke (setiap perkataan yang sedang disebut dibezakan warna). Fungsi ini membolehkan pembaca untuk mendengar semula cerita dengan mode karaoke.
- Butang 2 – Butang “Rakam Suara” (record) berfungsi untuk membolehkan pembaca merakam dan mendengar semula suara. Fungi ini membolehkan pembaca untuk berlatih cara sebutan perkataan dan intonasi ayat.
- Butang 3 – Butang “Ulang Semula” (replay) berfungsi untuk memainkan semula audio teks tanpa mode karaoke. Fungsi ini membolehkan pembaca untuk mendengar semula cerita tanpa mode karaoke.
- Butang 4 – Butang “Navigasi” (navigation) berfungsi untuk memilih helaian mana yang ingin dibaca. Fungsi ini membolehkan pembaca untuk bergerak dari satu helaian ke helaian yang lain dengan mudah.
- Butang 5 – Butang “Sebelum” (back) berfungsi untuk beralih ke helaian belakang. Fungsi ini membolehkan pembaca untuk kembali ke helaian belakang, selain daripada menggunakan cara “flip” helaian.
- Butang 6 – Butang “Seterusnya” (next) berfungsi untuk beralih ke helaian hadapan. Fungsi ini membolehkan pembaca untuk bertukar ke helaian seterusnya, selain daripada menggunakan cara “flip” helaian.