Carta Ramadhan Bukuu
Dua (2) carta Ramadhan daripada Bukuu untuk dimanfaatkan oleh kanak-kanak yang berpuasa
1) Carta Ramadhan Saya
CARTA RAMADHAN SAYA untuk kegunaan anak-anak yang sudah mampu untuk berpuasa. Carta ini diharap dapat menggalakkan anak-anak untuk sama-sama berlumba dalam MEWARNAI bulan Ramadhan dengan menjalankan ibadah solat Fardhu dan Terawih, bersahur serta membaca Al-Quran.
Arahan:
- Muat turun carta di https://goo.gl/A0MmSN
- Print carta di atas kertas bersaiz A4 yang agak tebal
- Galakkan anak-anak untuk mewarna petak untuk setiap ibadah yang dilakukan
- Hasil akhir yang berwarna-warni menggambarkan perjalanan bulan Ramadhan yang diraikan dengan semangat, kefahaman dan penuh keindahan.
2) Carta Mari Berpuasa
CARTA MARI BERPUASA untuk kegunaan anak-anak kecil yang ingin merasai pengalaman berpuasa pada bulan Ramadhan.
Arahan:
- Muat turun carta di https://goo.gl/ur6Gbf
- Print carta di atas kertas bersaiz A4 yang agak tebal
- Galakkan anak-anak untuk mewarnakan petak berdasarkan tempoh mereka berpuasa
Semoga segala amalan kita mendapat ganjaran daripada ALLAH. Selamat menjalani bulan Ramadhan bersama anak-anak!