Objektif Penerbitan Bukuu
Antara objektif-objektif penerbitan Bukuu adalah untuk:
- Menangani isu ketiadaan buku cerita interaktif Bahasa Malaysia di pasaran. Buku cerita interaktif berbeza dengan buku cerita elektronik (ebook) yang sedia ada di pasaran.
- Menjadi alternatif kepada ibu bapa dalam menyediakan kandungan yang bermanfaat kepada anak-anak kecil yang gemar bermain dengan peranti mudah alih.
- Memanfaatkan kemudahan dan kecanggihan teknologi sedia ada dalam menyampaikan ilmu dalam bentuk multimedia, sekali gus mempengaruhi corak pembelajaran masa kini.
- Mewujudkan satu senario pembelajaran yang lebih menyeronokkan bagi meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak seterusnya memperbaiki kemahiran membaca, mendengar, berfikir dan bercerita.
- Mempelbagaikan pilihan alat bantuan mengajar bagi guru-guru dan ibu bapa dan mengurangkan keberbergantungan kepada bahan-bahan bacaan bercetak sahaja.
- Membantu di dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan media teknologi maklumat di dalam sesi pengajaran.
- Memberi peluang kepada penulis buku cerita kanak-kanak, pelukis (illustrator), bakat suara latar dan editor tempatan untuk turut terlibat di dalam pembangunan Bukuu.
- Memperluaskan pasaran cerita kanak-kanak berbahasa Malaysia ke pasaran global. Bukuu bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh mereka yang berada di Malaysia, malah oleh warganegara Malaysia yang belajar, bekerja atau bermastautin di luar negara, serta penduduk negara-negara lain yang turut menggunapakai Bahasa Melayu seperti Indonesia (Bahasa Indonesia), Brunei dan Singapura (Bahasa Melayu). Bahasa Melayu juga banyak diguna oleh penduduk di Selatan Thailand, Selatan Filipina, Cambodia, Vietnam, Australia (Cocos (Keeling) Islands) dan lain-lain lagi.