eISBN: 978-967-445-324-4
Apakah warna topi baru yang Maryam pakai untuk pergi ke Zoo?
Siri buku interaktif “Cilik Cerdas” ini disasarkan untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun. Cilik Cerdas memberi pengertian yang menyeluruh kepada perkembangan seseorang. Cerdas bukan saja bermaksud ‘bijak, pintar atau cerdik’, bahkan membawa makna ‘sihat tubuh badan’ dan ‘beradab sopan’. Boleh disimpulkan bahawa Cilik Cerdas adalah kanak-kanak yang Sempurna Akal, Sihat dan Santun. Siri ini mengkisahkan tentang pengalaman pembelajaran Maryam, kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dalam mengenali orang sekeliling, mengenal haiwan, objek, warna, nombor dan memupuk adab.
“Cilik Cerdas”, suggested for children age 3 to 5, tells a story about a 4-year-old girl named Maryam. This series emphasises the holistic development of Maryam which involves physical, intellectual, and spiritual aspects.
Buku-buku berikutnya menceritakan tentang pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh Maryam. Siri Cilik Cerdas ditulis oleh Hartini Dewi.