5 Cara Bantu Anak Yang Enggan Membaca
Anak-anak enggan membaca? 5 cara mudah dorong anak-anak untuk minat membaca:
- Baca buku di depan anak-anak – Tunjuk contoh kerana anak kecil akan lebih mudah untuk belajar melalui teladan.
- Pilih buku berkisar pada minat anak-anak – Anak-anak mungkin akan lebih berminat untuk membaca jika ia berkait rapat dengan minat mereka.
- Bacakan buku kepada anak-anak – Mula dari kecil (atau dari dalam perut!) dan jadikannya aktiviti yang menyeronokkan.
- Selit aktiviti membaca dalam aktiviti harian – Membaca tidak hanya terhad pada buku. Baca apa-apa yang ada disekeliling seperti iklan, papan tanda, kotak makanan dan seumpamanya.
- Pilih buku mengikut keupayaan membaca anak-anak – Aktiviti membaca akan menjadi tidak seronok sekiranya ia susah (atau terlalu senang!). Pastikan buku yang dipilih bersesuaian dengan tahap kemahiran membaca anak-anak.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!