FAQ | Perbezaan di antara butang “Dengar Cerita” dan “Baca Cerita”
FAQ | Apakah perbezaan di antara butang “Dengar Cerita” dan “Baca Cerita” yang ada pada Bukuu?
Perbezaan di antara butang “Dengar Cerita” dan “Baca Cerita” adalah pada penggunaannya.
Butang “Dengar Cerita” membolehkan kanak-kanak mendengar cerita. Cerita akan dibacakan secara automatik setiap kali helaian dibuka. Penggunaan butang ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak yang belum tahu dan lancar membaca, tetapi juga untuk kanak-kanak yang gemar mendengar cerita serta kanak-kanak yang ingin belajar cara sebutan dan penggunaan intonasi yang bertul. Penggunaan butang “Dengar Cerita” ini membolehkan pembaca baru untuk membacakan cerita yang digemari kepada diri sendiri berulang kali. Unsur pengulangan merupakan aspek yang terbukti berkesan di dalam kaedah pembelajaran kanak-kanak.
Butang “Baca Cerita” membolehkan kanak-kanak yang untuk membaca cerita dengan sendiri. Ciri audio masih tersedia tetapi hanya akan diaktifkan dengan sentuhan butang di setiap helaian. Namun begitu, penggunaan butang ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak yang telah mahir membaca, tetapi juga sesuai untuk digunakan oleh ibu bapa/guru di dalam sesi membaca bersama anak-anak. Aktiviti membaca bersama anak-anak merupakan salah satu aktiviti yang dapat merangsang perkembangan literasi anak-anak. Penggunaan butang “Baca Cerita” ini memberi ibu bapa/guru kebebasan untuk menokok tambah maklumat dan menyelitkan sesi soal jawab sebelum atau sesudah cerita dibacakan. Antara kesan positif daripada aktiviti ini adalah peningkatan perbendaharaan kata baru dan penggunaan bahasa yang semakin baik. Aktiviti membaca bersama ini bukan sahaja dapat mendidik anak-anak untuk fasih membaca dan bercakap, tetapi juga untuk mendengar dengan baik dan berfikir secara kritikal.