5 Panduan Memupuk Minat Membaca Kanak-kanak
JADI CONTOH – Perbanyakkan aktiviti membaca di hadapan anak-anak. Anak-anak lebih mudah belajar dengan cara meniru perlakuan orang dewasa.
BACA BERSAMA – Aktiviti membaca bersama, sama ada sebelum waktu tidur atau sebagai aktiviti pada masa lapang akan memberi motivasi kepada anak-anak untuk membaca.
PELBAGAIKAN PILIHAN – Pelbagaikan pilihan bahan bacaan yang ada di rumah. Kenal pasti kecenderungan anak-anak tentang pilihan buku yang digemari.
PELBAGAIKAN AKTIVITI – Membaca tidak harus terhad pada aktiviti di rumah. Bawa anak-anak untuk menjalankan aktiviti membaca di luar seperti di taman dan perpustakaan.
CIPTA KESERONOKAN – Jadikan membaca aktitiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan bahan bacaan dengan ilustrasi dan ciri-ciri yang menarik.