SIRI TELADAN BESTARI 1 & 2
Nilai murni merupakan inti pati yang sentiasa relevan dalam penerbitan sesuatu bahan bacaan. Malah, unsur-unsur nilai murni yang digabungkan dalam bentuk penulisan kreatif mampu mendatangkan kesan yang positif kepada pembaca.
Justeru itu, SIRI TELADAN BESTARI 1 & 2 dilahirkan untuk turut menyumbang ke arah pembentukan generasi muda Malaysia yang berpengetahuan dan berkeperibadian tinggi. Setiap buku dalam siri ini memaparkan kisah-kisah menarik tentang pelbagai tema yang dipersembahkan dengan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi yang berwarna-warni. Selain itu, pada penghujung setiap cerita, terdapat beberapa aktiviti yang disediakan untuk merangsang kefahaman mahupun kebijaksanaan para pembaca.
Tema-tema yang menjadi inti pati bagi siri ini adalah seperti alam sekitar, seni warisan bangsa, kesihatan, dan legenda. Gabungan antara tema, nilai murni, jalan cerita, ilustrasi, serta aktiviti uji minda yang menarik menjadikan siri ini bahan bacaan yang amat berguna dan berbaloi untuk dimiliki.
Judul-judul dalam SIRI TELADAN BESTARI 1:
·
Seronoknya Bermain Wau
·
Doktor Rimba
·
Kisah Pulau Tioman
·
Sungai Menangis
Harga istimewa sempena KLIB 2005